Sabtu, 13 Mei 2017

Isteriku Si Kalut


Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.

Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”






Isnin, 8 Mei 2017

Rindu Itu Cinta


Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.

Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.

Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya.







Khamis, 4 Mei 2017

Manisnya Souffle


Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflĂ© yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.




Isnin, 1 Mei 2017

Pasangan Kopi Susu


Kali pertama bertentang mata, Julia Laiqanisa dah jatuh cinta. Tapi, kerana dia dan Zul Shahriman berbeza tingkah dan perwatakan, Julia pura-pura tak suka. Mulut saja kata benci, padahal hati dah kena curi.

Lama-lama Julia tak tahan. Bagaimana nak tahan kalau makin hari makin dia sayangkan Zul Shahriman? Dia nak bercerai! Tapi, dengar saja syarat yang diberikan ayahnya, Julia rasa macam nak pengsan! Mahu tak mahu, Julia usahakan tunaikan syarat Encik Jamal walaupun Zul Shahriman macam keberatan.

Maka, bermulalah perjalanan Julia menggoda suami sendiri.

Sudahlah di pejabat mereka dapat gelaran Pasangan Kopi Susu, malah hidup mereka pun macam kopi susu. Dalam manis, ada pahitnya. Dalam putih, ada hitamnya. Kehadiran Jeffery dan Yanti menjadikan rumah tangga yang sedia bergoyang kian bergoncang.

Kerana cemburu, Julia membawa diri, tapi hanya sekejap. Dia kembali dengan tekad. Nak memikat hati suami sendiri kerana dia mulai sedar, dia dan Zul Shahriman memang seperti kopi susu. Saling melengkapi, saling memahami, saling mencintai…







Jejaka Idaman Hati Saya






Ahad, 30 April 2017

Satu Meter Ke Hati


Sebab kahwin punya pasal, Kasturi Raudhah pulang ke Malaysia. Bukan dia yang nak kahwin, tapi pengawal peribadinya, Nina, sekali gus mahu meletak jawatan. Hendak ataupun tidak, Kasturi Raudhah harus mencari pengawal peribadi baru. Pilih punya pilih, calon misteri daripada Nina yang jadi pengganti.

Pengawal peribadi yang dipilih itu adalah lelaki kacukan Melayu-Cina. Apa yang lebih memeranjatkan, mereka pernah bertemu dan berkongsi payung. Orangnya pemalu lagi pendiam, tapi gelaran diri lelaki itu memang mengancam. Namanya Merah Miqael.

Seksi. Itulah jawapan Kasturi Raudhah. Bila bos dah cakap begitu, mahunya tak merah padam wajah Merah Miqael. Kasturi Raudhah apa lagi, makin ligat dia menyakat pengawal peribadi yang sentiasa berjarak satu meter dengannya itu.

Dengan jarak satu meter, Merah Miqael selalu ada di sisi Kasturi Raudhah. Dengan jarak satu meter, Merah Miqael melindungi Kasturi Raudhah. Malah, dengan jarak satu meter juga Kasturi Raudhah merasakan Merah Miqael bukan lelaki biasa.

Jumaat, 28 April 2017

Had lagu Cinta


Darius tidak menyenangi pemandu wanita yang diupah oleh bapanya tanpa kerelaannya. Hari-hari pemandu wanita itu dimaki dan diherdik. Sumaiyah pula terpaksa menelan segala makian itu dengan sabar kerana hormat kepada bapa Darius.

Perubahan sikap Darius yang ketara setelah kejadian beberapa tahun lalu membuatkan bapanya mengambil keputusan untuk menyuruhnya berkahwin. Keputusan itu juga dibantah sekeras-kerasnya oleh Darius. Namun, setelah diugut oleh bapa sendiri, Darius akur. Dia memilih untuk berkahwin dan pengantinnya adalah pemandunya sendiri.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Sumaiyah sepanjang hidup bersama-sama dengan Darius. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya. Namun, cinta tetap hadir dalam hati Sumaiyah. Tambahan pula dalam Darius benci kepadanya, ada ketika layanan Darius buat hatinya berdebar dan sayangnya bergolak.







Khamis, 20 April 2017

Pintu




Apakah faktor politik dan kejiwaan yang menyebabkan seseorang bertindak nekad meletupkan bom di masjid? Apakah hubungan antara sekumpulan burung yang mencari Rajanya dengan datuk dan cucu yang ingin menjadi Presiden? Mengapakah para birokrat dan teknorat canggih sering melanggani restoran usang yang menghidangkan masakan istimewa yang penuh misteri? Jawapannya dapat dibongkar melalui Pintu... Tiga drama pentas kehidupan manusia.





Isnin, 17 April 2017

Dia Lelaki paling Ohsem


Dalam ramai-ramai pembantu peribadi, hanya Sofia Maisara yang mampu bertahan dengan sikap baran Tuan Ezmair. Hidupnya semakin haru apabila Tuan Ezmair melamarnya untuk menggantikan tempat Lara Rania apabila tunang lelaki memutuskan tali pertunangan mereka. Namun, adakah lamaran itu ikhlas daripada Tuan Ezmair ataupun sekadar untuk menutup malu keluarga lelaki itu?

Berkahwin dengan 'bapak singa' tu? Adakah dia sudah gila? Seboleh-bolehnya orang lain mengelak untuk berkahwin dengan spesies macam Tuan Ezmair ini tetapi, dia senang-senang menerimanya. Namun, 'bapak singa' itu cuma garang di matanya, bukan di hatinya! Umpama seekor singa, Tuan Ezmair merupakan pelindung yang terhebat! Dirinya dikawal, dijaga dan disayangi.

Kebahagiaan yang mereka kecapi telah mengundang rasa cemburu di hati Lara Rania lalu dia cuba meraih semula cinta Tuan Ezmair.

Dalam masa yang sama, seseorang dari masa silam Tuan Ezmair muncul untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu. Siapakah yang berdendam dengan Tuan Ezmair itu?

Dapatkah Sofia Maisara mengharungi cabaran yang datangnya daripada Lara Rania dan pendendam itu?

Andai Itu Takdirnya



Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.






Khamis, 13 April 2017

Dia Anak Jeneral



KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.





Rabu, 12 April 2017

Bayangan Gurauan


IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarga menguruskan syarikat tersebut setelah puas menimba pengalaman di perantauan. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi. Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi?

Ahad, 9 April 2017

Buka Teman Pengganti


Kau beri cinta sejati, saat aku menolak teman pengganti...

Andai ada jodoh bersama Khalif Azhan, Naura Izdihar mahu bersama lelaki itu hingga ke syurga. Tidak disangka, janji yang terlahir secara spontan pada pertemuan pertama telah mengikat dirinya

Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan kedua-duanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras, namun karakter kedua-duanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan kedua-duanya terikat dengan gadis yang serupa dalam waktu yang berbeza.

Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan kesetiaannya pada Khalif apabila Izran bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan perasaan sendiri dan aturan takdir yang telah tertulis? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia? Nak buang, hati rasa sayang. Nak terima, jiwa rasa tak tenteram.

Sabtu, 8 April 2017

Aku Bukan Cipan



AKU BUKAN CIPAN memaparkan kisah hidup Amit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berlatarbelakangkan era lapan puluhan dan muzik rock masih bermaharajalela di bumi Malaysia. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang yang dituduh sebagai penagih dadah, hidupnya dipulaukan setelah kematian ibu, dan ‘hilangnya’ seorang ayah. Amit terpaksa berdikari dan hidup sendiri seawal umurnya lima belas tahun.

Sepanjang hidupnya, pelbagai ragam manusia yang dijumpainya. Daripada sejahat-jahat Parjo dan Cikgu Hamidon, sehinggalah sesengal Jimi and the gang yang sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Kisah cintanya dengan Shima juga penuh dramatik. Daripada kekecewaan akibat Shima dinikahkan dengan lelaki lain, mereka bertemu dalam situasi yang tak disangkasangka. Satu per satu rahsia hidup Amit terungkai selepas pertemuannya dengan Papa Rock. Apakah rahsia hidup Amit itu? Apa kaitan Papa Rock dengan Amit?




Selasa, 4 April 2017

Tiada Arah Jodoh Kita


Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati....Megat Aathif.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pulak.. kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?




Isnin, 3 April 2017

Manuskrip Cinta



Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

Ahad, 2 April 2017

Lelaki Khas Untuk Hanis



Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… 

Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu… Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. 

Tiba pada satu kes… 

Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

Sabtu, 1 April 2017

Si Baju Kurung Kasut Kanvas



Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? 

Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...




Khamis, 30 Mac 2017

Melbourne ... Aku Ingin Pulang


Keinginannya sejak dulu hanyalah menjejakkan kaki ke tempat itu, negara yang menyimpan pelbagai kenangan dan impian yang dia mahukan. Tekadnya, walau apapun yang menjadi halangan, Adelia tetap akan cuba mengatasinya. Tiada apa yang boleh menghalang, meskipun terpaksa meninggalkan Johan, lelaki yang terpenting dalam hidupnya.

Tanpa Adelia sedar, dia sebenarnya bukan hanya meninggalkan sekeping hati di Malaysia. Tanpa dia tahu, ada Suffian yang sudah menyimpan kerinduan dan perasaan terhadapnya sejak dia wujud dalam keluarga itu. Perasaan lelaki itu terhadap Adelia bertambah kuat semenjak dia mula menjauhkan diri. Suffian semakin bimbang kehilangan Adelia apabila perkahwinannya dengan Amanda semakin hampir. Bertambah gusar apabila ada insan lain yang sudah mula bertakhta dalam hati gadis yang dicintainya dalam diam itu.

Tapi Adelia masih tak mengetahui kekalutan yang berlaku di sekelilingnya, kerana baginya Melbourne ialah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Sehinggalah demi Melbourne dia berani memilih untuk memperjudikan sebuah ikatan yang telah terpateri. 

Tapi kerana Melbourne juga, Adelia menemukan cinta sejatinya. Adakah Adelia akan bersama selama-lamanya dengan pilihan hidupnya itu? Atau akan wujudkah dugaan yang memerlukan Adelia pulang ke Melbourne selama-lamanya?

Kau Selalu Ada



Pertemuan pertama kali mereka sebelum akad membuatkan Ammar Hafiz jatuh cinta. Pandangan Iman Suffiyah bisa membuatkan hati Ammar berubah rentak. Jantung sudah tak sekata. Inilah bakal isterinya! Dalam hati sudah berjanji akan cuba membahagiakan Iman Suffiyah. 

Perancangan Datuk Azhari mengundang huru-hara. Ammar diminta menikahi Amanda, anak kepada rakan niaganya menyebabkan Ammar keliru. Rumah tangga Ammar dan Iman kian tergugat. Iman pasrah andai itu ketentuanNya




Rabu, 29 Mac 2017

Tunang Ke-9


Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. 

Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!




Rabu, 15 Mac 2017

Hantu Asrama



Cuti sekolah dibekukan untuk mereka yang bakal mengambil SPM. Jadi, Jefri dan Syuib merancang sesuatu yang nakal... menjadikan asrama seolah-olah benar-benar berhantu. Seterusnya dapatlah cuti daripada pihak sekolah! Namun perancangan itu gagal kerana tertangkap oleh warden dan telah dijatuhkan hukuman denda.





Isnin, 13 Mac 2017

The EX



Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. 

Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan. Salah mereka cuma satu, masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti. Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik'. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.

Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?

Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?