Kuala Lama...daerah kecil yang mencoret sejuta kisah, melakar jutaan memori dalam lilitan kasih di antara Damshaq dan Dahlia.
Tempat yang Dahlia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kakinya namun, dia pulang semula ke daerah itu. Ahmad Damshaq, lelaki yang dia tidak pernah terfikir untuk bertemu kembali namun, bersua jua dengan riak nakal “Mail” Upin Ipin itu.
Hubungan yang terjalin sepuluh tahun dahulu yang berakarkan persahabatan memulakan segala – galanya. Tetapi, mereka terpisah apabila keluarga Dahlia berpindah ke Kuala Lumpur. Pertemuan kali kedua memulakan ceritera baru kerana persahabatan mereka memutikkan cinta.
Namun, mereka terpaksa berpisah buat kali kedua. Damshaq serik, tidak berani mempertaruhkan perasaan sendiri lagi. Manakala Dahlia nekad dengan kata hati yang menginginkan lelaki itu menjadi teman hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan