Hiatus


Novel ni cerita pasal perjalanan hidup. Perjalanan hidup seorang Amir Talhah. Perjalanan dia mencari diri, bergelut antara keinginan diri dan keluarga, juga pergelutan dalam diri yang maha dahsyat. 

Setiap orang punya masa silam. Dan setiap orang punya 'struggle' nya sendiri. Di hadapan orang lain mungkin kita terlihat yang paling gagah, yang paling baik dan sebagainya, tapi akhirnya kita sendiri tahu keburukan-keburukan diri kita. Dan kita sentiasa 'struggle' untuk berubah ke arah diri yang lebih baik. 

Ya ini cerita perubahan. Dalam proses perubahan itu pelbagai orang yang datang singgah dalam hidup kita. Sesetengahnya akan menjadi orang yang menggalakkan perubahan kita, tetapi akan sentiasa ada juga orang yang berusaha menjatuhkan kita. 

Another day. Sentiasa ada hari esok untuk hidup yang lebih baik. Ni yang penulis ulang-ulang sepanjang novel ni. 

Boleh jadi kisah ini kisah benar dan boleh jadi tidak. Apa yang penting, kita semua jangan jadi penghukum. 





Puaka Tasik


Demi hidup senang, Raja Tengah telah membuat perjanjian dengan puaka di tasik Batu Gajah dengan mengorbankan anak sulungnya. Sejak dari itu, setiap generasi harus mengorbankan anak sulung mereka demi mengekalkan kekayaan keluarga. 


Raja Zairi terkejut apabila mendapat tahu pak long dan mak longnya mahu kembali ke Batu Gajah setelah perniagaan mereka di Kuala Lumpur gulung tikar. Raja Zairi terpaksa mengikut kerana selepas kematian ibu bapanya, hanya pak long dan mak longnya sahaja keluarga yang dia ada. 

Sejak kembalinya mereka ke situ, beberapa kejadian aneh telah berlaku di sekitar tasik milik keluarga mereka. Kelibat bayang hitam yang sangat besar selalu kelihatan di permukaan tasik itu. Penduduk tempatan yakin, puaka tasik itu telah bangkit kembali menuntut janji keturunan Raja Tengah. Apakah Raja Zairi akan dapat mengelak takdir keluarganya?



Puaka Stor Sukan



Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.


PERANG DAKWAH


Trend pakai tudung nampak leher, dada, anak rambut, cuping telinga, anak telinga, mak telinga dan pelbagai ini... semuanya datang dari mana? Tahulah sekarang tudung mahal sampai beribu ringgit, tetapi janganlah kedekut kain.

Jika mahu berfesyen pun, ikutlah syariat Islam. Tutuplah segala apa yang diwajibkan Tuhan. Tutuplah aurat demi mencari keredaan. Bukannya mendamba populariti, bukan kerana menjaga persepsi. Tidak juga kerana gambar OOTD yang diharap menerima banyak like di Instagram dan FB. Moga Allah beri kita kekuatan meninggalkan jahiliah moden yang semakin membarah dalam masyarakat. Janganlah tergolong dalam kumpulan perempuan berhijab, tetapi dibakar di neraka! 




SEPULOH NAMA


Seutas rantai Silver jatuh ke lantai. Aku terkebil-kebil sendiri. Berdiri Dihadapan dengan perempuan berpakaian jururawat. Matanya langsung tak berkedip melihat aku. Tiada sepatah bicara pun yang keluar dari mulutnya seperti selalu. Dia hnya kaku tak bergerak. Pelik. Entah berapa lama aku berdiri berhadapan dengannya di situ aku tidak pasti. Sehingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyentuh kakinya yang sudah berwarna kelabu. Tubuh perempuan itu bergerak, terhayun seperti ditiup angin. Dan pandanganku terarah ke lantai semula. Melihat rantai Silver yang selalu dipakainya.....

Ia sebuah kisah yang mengingatkan saya pada dosa silam saya. Menyedarkan saya bahawa dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi. Gila yang cukup buat saya hidup dalam keadaan tanda tanya dan penuh penyesalan. ‘Mengapa saya bertindak sebegitu?’ ‘Manusia lagi kah saya ini?’ Soalan-soalan itu tak akan dapat saya jawab walaupun nyawa saya sendiri sudah melayang.”





Saka ... Jangan Biarkan Ia Merayau



Jura terlalu sedih setelah kekasihnya dibunuh kejam oleh bapanya sendiri, nekad menyeru roh kekasihnya yang bernama Alang dengan bantuan Tok Dalang Dalek. Namun segalanya tidak seperti yang diimpikan setelah sikap Alang tidak seperti dahulu setelah menjadi SAKA!