Sang Penakluk Eropah



Bagaimanakah seorang tentera bertubuh kecil dari sebuah pulau menjadi Napoleon Pertama dan Maharaja Perancis?

Seorang jeneral, konsul, dan anak muda yang bercita-cita tinggi ini adalah seorang reformis yang bersemangat tinggi. Menerusi Revolusi Perancis, beliau berjaya menggulingkan sistem aristokratik yang menjadi amalan rejim lama. Beliau juga adalah pengasas negara moden dan genius dalam bidang ketenteraan yang mendominasi monarki-monarki di Eropah.

Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.





Hantu Mahu Ke New York



Sekolah Sri Bangsar adalah sebuah sekolah berhantu. Siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma... ia dipenuhi dengan hantu-hantu, dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.

Suatu hari Pontiana dan Pontiani, kembar hantu jenis pontianak menerima surat berdarah segar daripada Drakokakola. Ia jemputan datang ke New York menyambut pesta Halloween. 

Tiba sahaja di sana... barulah mereka tahu yang Drakokakola ada niat lain. Sebenarnya drakula remaja itu mahu rakan-rakannya memujuk ayahnya iaitu Drakolala supaya membenarkannya berpindah ke Sekolah Seram Bangsar.







Biar Aku jadi Penunggu


Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan. Bersahabat sejak di bangku sekolah lagi dan bersetuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagian orang tersayang.

Iffat menaruh harapan yang tinggi agar ada sinar kebahagiaan selepas perkahwinan dan cita-cita mereka tercapai. Dia percaya dengan janji yang ditabur oleh Afeef kerana yakin atas tiket persahabatan yang terjalin. Dia tetap setia menunggu walaupun sedar hatinya sedang dilukai.

Afeef bahagia dengan apa yang dimiliki keranan hajatnya telah tercapai. Erlalu leka dengan apa yang dimilikinya hingga lupa akan seseorang yang setia menanti janjinya dahulu walaupun tidak pernah dituntut.

Perlukah janji itu ditunaikan demi seorang sahabat yang telah banyak berkorban? Bagaimana pula perasaan si di ajika tahu agendanya yang sebenar? Bolehkah dimaafkan? Ada jaminankah kebahagiaan pada masa hadapan atas nama janji yang telah dipersetujui?





Abang Bomba, I Love You


Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan super hero dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?





Projek Seram Lif


Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persoalan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat?

Dia mungkin sudah mati tetapi dia tetap ada / KAU KU SERU

Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’

Ada mata yang memerhati / KHILAF

Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?

Lif itu adalah pintu kepada setiap memori hitam manusia / ARAS 77