Sabtu, 13 Mei 2017

Isteriku Si Kalut


Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.

Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”






Isnin, 8 Mei 2017

Rindu Itu Cinta


Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.

Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.

Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya.







Khamis, 4 Mei 2017

Manisnya Souffle


Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflĂ© yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.




Isnin, 1 Mei 2017

Pasangan Kopi Susu


Kali pertama bertentang mata, Julia Laiqanisa dah jatuh cinta. Tapi, kerana dia dan Zul Shahriman berbeza tingkah dan perwatakan, Julia pura-pura tak suka. Mulut saja kata benci, padahal hati dah kena curi.

Lama-lama Julia tak tahan. Bagaimana nak tahan kalau makin hari makin dia sayangkan Zul Shahriman? Dia nak bercerai! Tapi, dengar saja syarat yang diberikan ayahnya, Julia rasa macam nak pengsan! Mahu tak mahu, Julia usahakan tunaikan syarat Encik Jamal walaupun Zul Shahriman macam keberatan.

Maka, bermulalah perjalanan Julia menggoda suami sendiri.

Sudahlah di pejabat mereka dapat gelaran Pasangan Kopi Susu, malah hidup mereka pun macam kopi susu. Dalam manis, ada pahitnya. Dalam putih, ada hitamnya. Kehadiran Jeffery dan Yanti menjadikan rumah tangga yang sedia bergoyang kian bergoncang.

Kerana cemburu, Julia membawa diri, tapi hanya sekejap. Dia kembali dengan tekad. Nak memikat hati suami sendiri kerana dia mulai sedar, dia dan Zul Shahriman memang seperti kopi susu. Saling melengkapi, saling memahami, saling mencintai…







Jejaka Idaman Hati Saya