Melbourne ... Aku Ingin Pulang


Keinginannya sejak dulu hanyalah menjejakkan kaki ke tempat itu, negara yang menyimpan pelbagai kenangan dan impian yang dia mahukan. Tekadnya, walau apapun yang menjadi halangan, Adelia tetap akan cuba mengatasinya. Tiada apa yang boleh menghalang, meskipun terpaksa meninggalkan Johan, lelaki yang terpenting dalam hidupnya.

Tanpa Adelia sedar, dia sebenarnya bukan hanya meninggalkan sekeping hati di Malaysia. Tanpa dia tahu, ada Suffian yang sudah menyimpan kerinduan dan perasaan terhadapnya sejak dia wujud dalam keluarga itu. Perasaan lelaki itu terhadap Adelia bertambah kuat semenjak dia mula menjauhkan diri. Suffian semakin bimbang kehilangan Adelia apabila perkahwinannya dengan Amanda semakin hampir. Bertambah gusar apabila ada insan lain yang sudah mula bertakhta dalam hati gadis yang dicintainya dalam diam itu.

Tapi Adelia masih tak mengetahui kekalutan yang berlaku di sekelilingnya, kerana baginya Melbourne ialah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Sehinggalah demi Melbourne dia berani memilih untuk memperjudikan sebuah ikatan yang telah terpateri. 

Tapi kerana Melbourne juga, Adelia menemukan cinta sejatinya. Adakah Adelia akan bersama selama-lamanya dengan pilihan hidupnya itu? Atau akan wujudkah dugaan yang memerlukan Adelia pulang ke Melbourne selama-lamanya?

Kau Selalu Ada



Pertemuan pertama kali mereka sebelum akad membuatkan Ammar Hafiz jatuh cinta. Pandangan Iman Suffiyah bisa membuatkan hati Ammar berubah rentak. Jantung sudah tak sekata. Inilah bakal isterinya! Dalam hati sudah berjanji akan cuba membahagiakan Iman Suffiyah. 

Perancangan Datuk Azhari mengundang huru-hara. Ammar diminta menikahi Amanda, anak kepada rakan niaganya menyebabkan Ammar keliru. Rumah tangga Ammar dan Iman kian tergugat. Iman pasrah andai itu ketentuanNya




Tunang Ke-9


Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. 

Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!




Hantu Asrama



Cuti sekolah dibekukan untuk mereka yang bakal mengambil SPM. Jadi, Jefri dan Syuib merancang sesuatu yang nakal... menjadikan asrama seolah-olah benar-benar berhantu. Seterusnya dapatlah cuti daripada pihak sekolah! Namun perancangan itu gagal kerana tertangkap oleh warden dan telah dijatuhkan hukuman denda.





The EX



Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. 

Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan. Salah mereka cuma satu, masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti. Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik'. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.

Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?

Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?