Tak Payah Sombong Pun Tak Apa


Entah apa agaknya yang diajar di gedung universiti sehingga ramai berasa bagus dan perlu menjadi sombong.

Tidak perlu sombong untuk menjadi lebih bagus daripada orang lain. Bahkan apabila kebaikan ditawarkan, si pemberi itu tidak akan kerugian apa-apa pun.

"Bodoh!" Satu perkatan yang masih kau ingat yang diluahkannya semasa dia menengking menerusi telefon. Siapa yang bodoh, kau pun tidak tahu.

Tak Payah Sombong Pun Tak Apa merupakan salah satu cerita pendek dalam buku ini.





BURUAN



Hanafis bangun di sebuah pondok usang di tengah ladang. Dia teringat bahawa dia seorang banduan yang melarikan diri dan kini diburu polis. Pelariannya membawanya ke Penang, di mana dia mula bekerja dengan kumpulan penjenayah licik. Dia berjumpa dengan Zalea dan mereka jatuh cinta—tanpa Hanafis tahu bahawa Zalea ada agenda yang lebih besar. 

Di balik cerita Hanafis, ada juga cerita Mikail—seorang guru sekolah menengah yang sentiasa diburu wanita dan gadis kerana terlalu tampan. Hidupnya berkisar tentang Maya, cinta sejatinya sejak IPT lagi. Namun sikap Maya berubah secara mendadak, memaksa Mikail untuk mengintipnya...




ILUSANITI



Ini kisah sekumpulan kawan
Lama sudah kenal secara online.
Untuk kali pertama mereka bertemu
Seorang mati bunuh diri selepas itu
Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu.
Nisan siapa bakal diukir lagi?
Ingatan semakin hilang setiap hari
Tidur dipenuhi dengan mimpi ngeri
Ini semua ilusi ataupun realiti?





SUNYI


Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh.

Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. 

Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. 

Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya.