Aku Bukan Spy



Sebuah pesawat yang membawa seramai 239 orang penumpang hilang begitu saja dan menjadi tanda tanya seluruh dunia. Empat orang berjaya ditawan di dalam kapal terbang itu tetapi mereka tidak menemui Dato' Mohd Sharif, orang kelima yang sepatutnya juga berada di dalam kapal terbang itu. 

"Apa yang buat kau ke sini? 1481 kilometer untuk sampai ke sini. Mesti ada sesuatu yang penting untuk kau kan?"

"Aku rasa alasan kita sama saja."

"Untuk ini?" Ditunjukkan telefon di tangannya itu.

"Di dalam itu." 

Semua kebenaran itu diketahui Yasmin selepas dia mengetahui identiti sebenar Putra. Lelaki yang dicintainya itu.



Katakan Tidak Pada Cinta


Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan 'cinta' dari kamus hidup INSPEKTOR MUHAMMAD AFHAM NAZHAN. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah memastikan roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela!

Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya.

Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektorpolis yang tecedera, CINTA FISKA mempertaruhkan keselamatannya demi amalan 'budi bahasa budaya kita'. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar.

Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham?





Percaturan Hati


Ellisa terpaksa menerima hukumanya; menjadi orang gaji tak berbayar kepada nendanya sendiri apabila dia tanpa sengaja telah menghilangkan syiling emas orang tua itu. Sehingga nilai emas itu tertebus, dia akan terus terpenjara di rumah Wan Jamsiah melainkan dia berjaya mencari dan memulangkan kembali barang bernilai itu.

Itu mustahil! Emas unik itu dihilangkan sewaktu dia melancong ke Rome, Itali. Syiling itu telah tenggelam ke dasar kolam Fantana di Trevi bersama beribu – ribu keping syiling lain dari seluruh dunia. Memang sudah tak ada harapan!

Namun, keajaiban terjadi apabila seorang jejaka tampan tak dikenali tiba – tiba datang mencarinya di rumah Wan Jamsiah! Lelaki mualaf bernama Zayn itu hadir bersama stu-satunya barang yang boleh membantu Ellisa, syiling emas Wan Jamsiah! Namun, ganjaran yang dia minta bukan sembarangan.






Dahlia Gua Punyer!


Kuala Lama...daerah kecil yang mencoret sejuta kisah, melakar jutaan memori dalam lilitan kasih di antara Damshaq dan Dahlia.

Tempat yang Dahlia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kakinya namun, dia pulang semula ke daerah itu. Ahmad Damshaq, lelaki yang dia tidak pernah terfikir untuk bertemu kembali namun, bersua jua dengan riak nakal “Mail” Upin Ipin itu.

Hubungan yang terjalin sepuluh tahun dahulu yang berakarkan persahabatan memulakan segala – galanya. Tetapi, mereka terpisah apabila keluarga Dahlia berpindah ke Kuala Lumpur. Pertemuan kali kedua memulakan ceritera baru kerana persahabatan mereka memutikkan cinta.

Namun, mereka terpaksa berpisah buat kali kedua. Damshaq serik, tidak berani mempertaruhkan perasaan sendiri lagi. Manakala Dahlia nekad dengan kata hati yang menginginkan lelaki itu menjadi teman hidupnya.





Encik Tunang vs BFF



Hidup Eisya mudah saja. Pemilik Eisyadia Sweet & Bakery ini diam – diam jatuh cinta pada sahabat baiknya sendiri. Erham...lelaki tall, dark and handsome. Handsome ke? Biasa – biasa saja tapi, manisnya tetap ada.

Datang pula jejaka kacak bergaya boleh jatuh cinta pandangan pertama pada Eisya. Ilman tak peduli. Eisya suka atau tidak... itu nombor dua. Yang penting Eisya sudi jadi isterinya.

Ratna, si gadis 'kelabu asap' muncul menambah 'perisa' dalam hidup Eisya yang sebelumnya serba mudah. Hidup yang dulunya mudah bertukar payah. Erham yang tidak serius, suka bertukar – tukar teman wanita tiba – tiba boleh jadi cinta paling agung.




Cinta Depan Mata


Betulkah hubungan antara mereka tidak boleh bertukar menjadi kekasih? Benarkah perasaan sayang tidak boleh mekar menjadi cinta?

Walaupun Nur Liyana dan Asyraf Zakuan merasakan ia sangat mustahil untuk berlaku, namun mereka akhirnya memilih untuk mencuba. Mencuba bersama atas gelaran tunangan seterusnya sebagai pasangan suami isteri. Asyraf Zakuan sedia melepaskan kekasih hatinya, Fatihah asalkan Nur Liyana tidak terlepas sekali gus jatuh ke tangan Syed Khairul yang sedang meraih cinta daripada gadis itu.

Nur Liyana pengsan apabila Asyraf Zakuan dengan beraninya mengucapkan I love you kepadanya. Namun gara-gara luahan cinta itu, Nur Liyana makin mencintai tunangnya sendiri. Setelah lama bermesra dan jeling-jeling mata, akhirnya rasa cinta itu wujud dalam hati kedua-duanya tanpa dipaksa. Dan Nur Liyana pasti… Asyraf Zakuan pasti… bahawa selama ini, cinta mereka ada di depan mata saja.

Sedang hati hampir bersatu, sedang jiwa sudah sama rentaknya, Nur Liyana digemparkan dengan berita yang tidak pernah disangka-sangkanya. Dia bakal kehilangan Asyraf Zakuan!

“Abang dah tak sayangkan Liyana ke? Nak tinggalkan Liyana sorang-sorang dalam dunia ni? Abang tolonglah jangan tinggalkan Liyana. Liyana tak boleh kehilangan abang. Liyana sayangkan abang. Terlalu sayang,”

“Abang takkan tinggalkan Liyana tanpa sebab, sayang. Ingat tu.”






Dia Bidadari Kertas


Meskipun pernah dituduh sebagai pembunuh setahun lalu, itu langsung tak menjejaskan hijrah Nadzif untuk mendapatkan cinta Tuhannya. Kehadiran Naiyra sebagai permata dalam hidupnya, membuka ‘jalan’ menuju redhaNya.

Namun, kebahagiaan yang dibina atas nama Tuhan itu akhirnya goyah dek kehadiran Malek yang kembali menuntut cinta Namiyra. Juga kemunculan Afeeya yang memiliki alasannya sendiri mengapa dia begitu membenci nadzif sehingga menuduh lelaki itu sebagai pembunuh.

Mampukah Nadzif dan namiyra menjaga kesucian cinta antara mereka… atau benar Nadzif sebenarnya hanya memakai ‘topeng’ agama demi menutup semua kejahatannya?