Hiatus


Novel ni cerita pasal perjalanan hidup. Perjalanan hidup seorang Amir Talhah. Perjalanan dia mencari diri, bergelut antara keinginan diri dan keluarga, juga pergelutan dalam diri yang maha dahsyat. 

Setiap orang punya masa silam. Dan setiap orang punya 'struggle' nya sendiri. Di hadapan orang lain mungkin kita terlihat yang paling gagah, yang paling baik dan sebagainya, tapi akhirnya kita sendiri tahu keburukan-keburukan diri kita. Dan kita sentiasa 'struggle' untuk berubah ke arah diri yang lebih baik. 

Ya ini cerita perubahan. Dalam proses perubahan itu pelbagai orang yang datang singgah dalam hidup kita. Sesetengahnya akan menjadi orang yang menggalakkan perubahan kita, tetapi akan sentiasa ada juga orang yang berusaha menjatuhkan kita. 

Another day. Sentiasa ada hari esok untuk hidup yang lebih baik. Ni yang penulis ulang-ulang sepanjang novel ni. 

Boleh jadi kisah ini kisah benar dan boleh jadi tidak. Apa yang penting, kita semua jangan jadi penghukum.