Melbourne ... Aku Ingin Pulang


Keinginannya sejak dulu hanyalah menjejakkan kaki ke tempat itu, negara yang menyimpan pelbagai kenangan dan impian yang dia mahukan. Tekadnya, walau apapun yang menjadi halangan, Adelia tetap akan cuba mengatasinya. Tiada apa yang boleh menghalang, meskipun terpaksa meninggalkan Johan, lelaki yang terpenting dalam hidupnya.

Tanpa Adelia sedar, dia sebenarnya bukan hanya meninggalkan sekeping hati di Malaysia. Tanpa dia tahu, ada Suffian yang sudah menyimpan kerinduan dan perasaan terhadapnya sejak dia wujud dalam keluarga itu. Perasaan lelaki itu terhadap Adelia bertambah kuat semenjak dia mula menjauhkan diri. Suffian semakin bimbang kehilangan Adelia apabila perkahwinannya dengan Amanda semakin hampir. Bertambah gusar apabila ada insan lain yang sudah mula bertakhta dalam hati gadis yang dicintainya dalam diam itu.

Tapi Adelia masih tak mengetahui kekalutan yang berlaku di sekelilingnya, kerana baginya Melbourne ialah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Sehinggalah demi Melbourne dia berani memilih untuk memperjudikan sebuah ikatan yang telah terpateri. 

Tapi kerana Melbourne juga, Adelia menemukan cinta sejatinya. Adakah Adelia akan bersama selama-lamanya dengan pilihan hidupnya itu? Atau akan wujudkah dugaan yang memerlukan Adelia pulang ke Melbourne selama-lamanya?

Tiada ulasan: