Satu Meter Ke Hati


Sebab kahwin punya pasal, Kasturi Raudhah pulang ke Malaysia. Bukan dia yang nak kahwin, tapi pengawal peribadinya, Nina, sekali gus mahu meletak jawatan. Hendak ataupun tidak, Kasturi Raudhah harus mencari pengawal peribadi baru. Pilih punya pilih, calon misteri daripada Nina yang jadi pengganti.

Pengawal peribadi yang dipilih itu adalah lelaki kacukan Melayu-Cina. Apa yang lebih memeranjatkan, mereka pernah bertemu dan berkongsi payung. Orangnya pemalu lagi pendiam, tapi gelaran diri lelaki itu memang mengancam. Namanya Merah Miqael.

Seksi. Itulah jawapan Kasturi Raudhah. Bila bos dah cakap begitu, mahunya tak merah padam wajah Merah Miqael. Kasturi Raudhah apa lagi, makin ligat dia menyakat pengawal peribadi yang sentiasa berjarak satu meter dengannya itu.

Dengan jarak satu meter, Merah Miqael selalu ada di sisi Kasturi Raudhah. Dengan jarak satu meter, Merah Miqael melindungi Kasturi Raudhah. Malah, dengan jarak satu meter juga Kasturi Raudhah merasakan Merah Miqael bukan lelaki biasa.

Tiada ulasan: