Bila Kau Kata Cinta


Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya. Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain.

Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan.

Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin!

Bagi Khalif Imran pula… Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya. Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha.

Hinggalah akhirnya dia mula merasa getar yang aneh tika bersama Siti Sara. Cuma, apa yang melukakan hati Siti Sara adalah apabila kata-kata cinta yang diucapkan kepadanya disulami dengan nama wanita lain.

Hati isteri mana yang tidak terhiris? Dapatkah Khalif Imran fahami kehendak hatinya sendiri? Siapa kini dalam hatinya? Bunga cinta lama yang pernah mekar atau kuntum cinta baru yang tidak kurang indahnya?

Mencari Si Pelengkap Hati








CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang.

Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri!

Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali.

Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?

Pada saat Tuhan menjentik hatinya untuk mengenal erti cinta, ujian hadir untuk menguji sejauh mana dia ikhlas melepaskan perasaan itu andai orang yang dicintainya itu tidak mampu mencintainya.

Andai benar setiap orang akan menemui si pelengkap hatinya sendiri, mampukah perkara yang sama berlaku dalam hidup Nuha Huda? Akan ternoktahkah pencariannya untuk mencari si pelengkap hatinya?

Isteriku Si Kalut


Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.

Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”






Rindu Itu Cinta


Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.

Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.

Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya.







Manisnya Souffle


Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflĂ© yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.




Pasangan Kopi Susu


Kali pertama bertentang mata, Julia Laiqanisa dah jatuh cinta. Tapi, kerana dia dan Zul Shahriman berbeza tingkah dan perwatakan, Julia pura-pura tak suka. Mulut saja kata benci, padahal hati dah kena curi.

Lama-lama Julia tak tahan. Bagaimana nak tahan kalau makin hari makin dia sayangkan Zul Shahriman? Dia nak bercerai! Tapi, dengar saja syarat yang diberikan ayahnya, Julia rasa macam nak pengsan! Mahu tak mahu, Julia usahakan tunaikan syarat Encik Jamal walaupun Zul Shahriman macam keberatan.

Maka, bermulalah perjalanan Julia menggoda suami sendiri.

Sudahlah di pejabat mereka dapat gelaran Pasangan Kopi Susu, malah hidup mereka pun macam kopi susu. Dalam manis, ada pahitnya. Dalam putih, ada hitamnya. Kehadiran Jeffery dan Yanti menjadikan rumah tangga yang sedia bergoyang kian bergoncang.

Kerana cemburu, Julia membawa diri, tapi hanya sekejap. Dia kembali dengan tekad. Nak memikat hati suami sendiri kerana dia mulai sedar, dia dan Zul Shahriman memang seperti kopi susu. Saling melengkapi, saling memahami, saling mencintai…







Jejaka Idaman Hati Saya






Satu Meter Ke Hati


Sebab kahwin punya pasal, Kasturi Raudhah pulang ke Malaysia. Bukan dia yang nak kahwin, tapi pengawal peribadinya, Nina, sekali gus mahu meletak jawatan. Hendak ataupun tidak, Kasturi Raudhah harus mencari pengawal peribadi baru. Pilih punya pilih, calon misteri daripada Nina yang jadi pengganti.

Pengawal peribadi yang dipilih itu adalah lelaki kacukan Melayu-Cina. Apa yang lebih memeranjatkan, mereka pernah bertemu dan berkongsi payung. Orangnya pemalu lagi pendiam, tapi gelaran diri lelaki itu memang mengancam. Namanya Merah Miqael.

Seksi. Itulah jawapan Kasturi Raudhah. Bila bos dah cakap begitu, mahunya tak merah padam wajah Merah Miqael. Kasturi Raudhah apa lagi, makin ligat dia menyakat pengawal peribadi yang sentiasa berjarak satu meter dengannya itu.

Dengan jarak satu meter, Merah Miqael selalu ada di sisi Kasturi Raudhah. Dengan jarak satu meter, Merah Miqael melindungi Kasturi Raudhah. Malah, dengan jarak satu meter juga Kasturi Raudhah merasakan Merah Miqael bukan lelaki biasa.

Had lagu Cinta


Darius tidak menyenangi pemandu wanita yang diupah oleh bapanya tanpa kerelaannya. Hari-hari pemandu wanita itu dimaki dan diherdik. Sumaiyah pula terpaksa menelan segala makian itu dengan sabar kerana hormat kepada bapa Darius.

Perubahan sikap Darius yang ketara setelah kejadian beberapa tahun lalu membuatkan bapanya mengambil keputusan untuk menyuruhnya berkahwin. Keputusan itu juga dibantah sekeras-kerasnya oleh Darius. Namun, setelah diugut oleh bapa sendiri, Darius akur. Dia memilih untuk berkahwin dan pengantinnya adalah pemandunya sendiri.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Sumaiyah sepanjang hidup bersama-sama dengan Darius. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya. Namun, cinta tetap hadir dalam hati Sumaiyah. Tambahan pula dalam Darius benci kepadanya, ada ketika layanan Darius buat hatinya berdebar dan sayangnya bergolak.







Pintu




Apakah faktor politik dan kejiwaan yang menyebabkan seseorang bertindak nekad meletupkan bom di masjid? Apakah hubungan antara sekumpulan burung yang mencari Rajanya dengan datuk dan cucu yang ingin menjadi Presiden? Mengapakah para birokrat dan teknorat canggih sering melanggani restoran usang yang menghidangkan masakan istimewa yang penuh misteri? Jawapannya dapat dibongkar melalui Pintu... Tiga drama pentas kehidupan manusia.





Dia Lelaki paling Ohsem


Dalam ramai-ramai pembantu peribadi, hanya Sofia Maisara yang mampu bertahan dengan sikap baran Tuan Ezmair. Hidupnya semakin haru apabila Tuan Ezmair melamarnya untuk menggantikan tempat Lara Rania apabila tunang lelaki memutuskan tali pertunangan mereka. Namun, adakah lamaran itu ikhlas daripada Tuan Ezmair ataupun sekadar untuk menutup malu keluarga lelaki itu?

Berkahwin dengan 'bapak singa' tu? Adakah dia sudah gila? Seboleh-bolehnya orang lain mengelak untuk berkahwin dengan spesies macam Tuan Ezmair ini tetapi, dia senang-senang menerimanya. Namun, 'bapak singa' itu cuma garang di matanya, bukan di hatinya! Umpama seekor singa, Tuan Ezmair merupakan pelindung yang terhebat! Dirinya dikawal, dijaga dan disayangi.

Kebahagiaan yang mereka kecapi telah mengundang rasa cemburu di hati Lara Rania lalu dia cuba meraih semula cinta Tuan Ezmair.

Dalam masa yang sama, seseorang dari masa silam Tuan Ezmair muncul untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu. Siapakah yang berdendam dengan Tuan Ezmair itu?

Dapatkah Sofia Maisara mengharungi cabaran yang datangnya daripada Lara Rania dan pendendam itu?

Andai Itu Takdirnya



Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.






Dia Anak Jeneral



KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.