Buka Teman Pengganti


Kau beri cinta sejati, saat aku menolak teman pengganti...

Andai ada jodoh bersama Khalif Azhan, Naura Izdihar mahu bersama lelaki itu hingga ke syurga. Tidak disangka, janji yang terlahir secara spontan pada pertemuan pertama telah mengikat dirinya

Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan kedua-duanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras, namun karakter kedua-duanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan kedua-duanya terikat dengan gadis yang serupa dalam waktu yang berbeza.

Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan kesetiaannya pada Khalif apabila Izran bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan perasaan sendiri dan aturan takdir yang telah tertulis? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia? Nak buang, hati rasa sayang. Nak terima, jiwa rasa tak tenteram.

Tiada ulasan: